C0VID-19: Kelantan, Selangor, Sarawak Catat Pertambahan Kes Baharu Hari Ini, 1 Kluster Baru Ditemui Di Pasar

Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM), melalui laman Facebook mereka telah berkongsi maklumat mengenai pecahan kes baharu C0vid-19 hari ini.
Dalam maklumat yang dikongsikan KKM, hanya terdapat pertambahan 9 kes pada hari ini, lima kes tempatan dan empat adalah kes import. Sembilan kes yang tercatat adalah tujuh warganegara Malaysia dan dua lagi bukan warganegara Malaysia.
Bilangan kes positif tersebut hanya melibatkan tiga negeri di Malaysia.
Antara tiga negeri yang telah mencatatkan kes positif hari ini ialah Selangor (1 kes), Kelantan (1 kes) dan Sarawak (7 kes).
Hari ini juga dilaporkan tiada kemat1an yang dicatatkan manakala sebanyak 5 orang telah sembuh dan discaj hospital.

TERKINI: Satu Lagi Kluster Baharu Dikesan Di Sarawak Iaitu Kluster Stutong

Kluster Stutong, kluster terbaharu di SarawakPasar tersebut telah ditutup buat sementara waktu bagi pelaksanaan aktiviti pencegahan dan kawalan jangkitan. – Foto GoogleMap @ Thua Lum
TERDAHULU, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat satu kluster baru yang dikenali sebagai kluster Stutong dikesan di sebuah pasar di Stutong, Sarawak.
Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan KKM, hasil saringan yang dibuat ke atas kluster Stutong membabitkan 218 individu yang terdiri daripada 213 warganegara Malaysia dan lima bukan warganegara, 2 orang telah dikesan positif dan 54 lagi negatif. Baki yang lain pula masih menunggu keputusan.
KKM menyatakan bahawa punca jangkitan kluster tersebut masih lagi dalam siasatan.
Sementara itu, pasar berkenaan dilaporkan telah ditutup buat sementara waktu bagi pelaksanaan aktiviti pencegahan dan kawalan jangkitan seperti proses pembersihan dan nyah kuman.

9 Kes Baharu C0vid-19 Termasuk 5 Kes Tempatan Dan 5 Kes Sembuh Dilaporkan Pada Hari Ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 5 pesakit C0vid-19 yang telah discaj, 9 kes positif baharu dan tiada kemat1an berkaitan C0vid-19 dicatatkan hari ini (18 Julai 2020).
Menerusi perkongsian di akaun Twitter rasmi KKM, jumlah discaj baharu itu menjadikan jumlah kumulatif discaj meningkat kepada 8,546 kes secara keseluruhannya.
9 kes baharu yang dilaporkan hari ini pula menjadikan jumlah kumulatif kes yang dilaporkan di Malaysia bertambah kepada 8,764.
Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan C0vid-19 pula dilaporkan hanya tinggal sebanyak 96 kes sahaja. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
Kesemua kes baharu yang dilaporkan pada hari ini pula terdiri daripada 4 kes import manakala 5 lagi adalah kes tempatan.
Daripada jumlah kes positif C0vid-19 yang dilaporkan, sebanyak 1 kes dilaporkan sedang dirawat di unit rawatan rapi. Walau bagaimanapun, tiada pesakit yang dilaporkan memerlukan alan bantuan pernafasan pada hari ini.
Dalam pada itu juga, tiada kes kemat1an berkaitan C0vid-19 yang dicatatkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kemat1an kekal sebanyak 122 kes atau bersamaan dengan 1.40% secara keseluruhannya.