5 Saspek Kes Rogol & Rakam Warga Bangladesh Ditangkap, Ini Kisahnya


Lima warganegara Bangladesh, termasuk seorang wanita, ditahan di Bengaluru pada hari Khamis berkait kes pemerkosaan  seorang wanita di Ramamurthy Nagar, di Old Madras Road.

Portal Nationwide News melaporkan, Video pemerkosaan itu menjadi viral di timur laut India kerana teah disebar di internet dan saspek dilihat menggunakan objek botol ketika melakukan jenayah tersebut. Polis Assam menyebarkan gambar lima gambar suspek pada hari Rabu dan menawarkan ganjaran bagi mereka yang dapat memberi maklumat berhubung kes tersebut.

Suspek yang ditangkap adalah Sagar, 23, Mohammed Babu Sahik, 30, Ridoy Babo, 25, semua penduduk Bengaluru, dan Hakil, 23, seorang penduduk Hyderabad dan wanita itu, yang tidak diketahui identitinya.

Polis di Bengaluru mengatakan jenayah berlaku pada minggu lepas dan ke lima – lima saspek warga Bangladesh itu kini ditahan.