SelepasTegur Dan DedahSlkit Mlsi UstazEblt, Ini Yang Jadi DekatCaprlce SampaiDia Rasa Malv

Apa sudah jadi dengan dua tokoh dan idola rakyat Malaysia, personaliti dakwah Ebit Lew dan penyanyi rap Caprice apabila secara tiba-tiba hubungan mereka menjadi d.ingin.
Kek.usutan antara mereka mula disedari selepas Caprice atau Ariz Ramli, 33, berkongsi mesej panjang lebar yang dihantarnya bagi menegur perilaku Ebit ketika dalam misi kemanusiaan di G.aza baru-baru ini.
Menurut Caprice t.indakan Ebit menggunakan kanak-kanak m.alang di bumi P.alestin sebagai bahan kandungan media sosial adalah sesuatu yang tidak wajar.
“Salam ustaz, minta maaf tapi Caprice dah simpan rasa ni dekat satu minggu dah, Caprice rasa kena tegur ustaz depan-depan dulu.

Ebit memberikan mainan kepada kanak-kanak ketika berkunjung ke perkampungan mereka
“Ada beberapa pihak yang tak senang tengok gambar-gambar ustaz yang hanya highlight orang dan budak m.iskin.

“Caprice bagi contoh budak ni kena ambil gambar dua kali terima mainan. Apabila orang P.alestin tanya kenapa ustaz yang famous di Malaysia buat macam ni, Caprice pun tak tahu macam mana nak jawab,” katanya menerusi mesej yang dipercayai dihantar ke aplikasi WhatsApp Ebit.
Namun d.akwa Caprice mesej teguran berkenaan tidak dilayan pendakwah bebas yang terkenal dengan pelbagai m.isi b.antuan itu.

Menerusi siri perkongsian di Instastory, Caprice turut berkongsi foto Ebit bersama seorang kanak-kanak yang diberikan mainan dalam dua sudut yang berbeza.
Difahamkan foto berkenaan menimbulkan rasa kurang senang beberapa pihak di P.alestin.
“Caprice adalah penyokong nombor satu ustaz selama ni, fasal mainan tu k.ecoh selepas orang Gaza tanya tentang hal berkenaan.
“Budak mi.skin yang sama terima mainan sama tapi kena pose untuk kamera dua kali.

Caprice bersama Ebit di Gaza
“Orang G.aza soal kenapa nampak macam photoshoot? Sudah la selama ni mereka tahu ada banyak ke.s berlaku macam ni,” katanya.
Susulan teguran terbuka itu, Caprice turut mend.edahkan dia juga sudah disekat daripada mengikuti akaun Instagram Ebit di Instagram.

Caprice berangkat ke P.alestin pada 24 Jun lalu bagi menyertai m.isi b.antuan ke G.aza.
Kecoh Di Twitter! Netizen Dakwa Caprice Tidak Puas Hati Dengan Ebit Lew?

Sejak beberapa hari yang lalu, nama penyanyi rap popular Caprice hangat diperkatakan berikutan dia telah memberi petunjuk terdapat satu perihal besar yang bakal mengejutkan rakyat Malaysia tidak lama lagi.
Caprice Bakal Dedahkan Kebenaran Pada 21 Julai
Menerusi beberapa hantaran di laman Instagram nya sebelum ini, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli berkata isu tersebut mempunyai kaitan dengan misi kemanusiaanya di Gaza dan akan mendedahkan segala-galanya menerusi sebuah siaran langsung yang dijadualkan pada Rabu hadapan(21 Julai 2021).
Dalam pada itu, tular pula sebuah video yang mengandungi beberapa tangkap layar status dan komen penyanyi itu yang kononnya dikatakan merujuk kepada pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew. Selain dikatakan menyindir Ebit, netizen turut membuat spekulasi bahawa pendedahan yang bakal dibuat oleh Caprice adalah mengenai pendakwah yang disegani ramai itu.
Netizen Kecam Caprice, Dakwa Perli Ebit
Menjengah ke laman Twitter, netizen mula mengecam hantaran Caprice sebelum ini dan tidak menyangka ia merujuk kepada Ebit. Bagaimanapun, segelintir daripada mereka meminta orang ramai untuk tidak membuat spekulasi awal dan menunggu penjelasan yang sebenar dibuat oleh Caprice pada 21 Julai kelak.
Terdahulu, Caprice berkesempatan untuk bertemu dengan Ebit di Gaza pada 1 Julai lalu. Pertemuan tersebut ternyata membuatkan ramai terharu berikutan rata-rata menyifatkan mereka seperti hero rakyat Malaysia yang sanggup menggadaikan nyawa demi misi kemanusiaan di Gaza.
Sumber: Murai.com