Kerajaan PN Telah Tumbang, Kata Anwar Ibrahim

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Datuk Seri Muhyidin Yasin telah ditumbangkan kerana telah hilang majoriti.
Presiden Parti Keadilan Rakyat itu juga berkata beliau telah mendapat maklumat daripada parti lain bahawa mereka telah mengemukakan senarai ahli yang meminta keluar dari PN.
Menurut Anwar kerajaan terus melemah kerana hanya didukung oleh tidak lebih dari jumlah majoriti minimum yang diperlukan untuk membentuk kerajaan.
“Lantaran dari ini, saya bersama lebih 106 Ahli Parlimen yang hadir hari ini mengulangi penegasan bahawa Perdana Menteri dan Kabinet mesti punyai maruah, dan bertanggungjawab serta mesti meletakkan jawatan dalam kadar segera” Anwar Ibrahim
Anwar sebelum itu bersama sama ahli pembangkang lain berarak menuju ke Parlimen. Mereka cuba untuk masuk ke bangunan Parlimen, walaupun telah dimaklumkan bahawa Parlimen telah ditutup selama dua minggu.

Namun usaha mereka itu hanya sia sia, kerana pihak polis dari unit FRU telah bersiap sedia untuk menghalang ahli ahli Parlimen Pembangkang dari masuk ke bangunan Parlimen.
Semalam Kementerian Kesihatan Malaysia KKM telah mencadangkankan supaya bangunan Parlimen ditutup bagi mencegah penularan virus Covid-19 dari merebak.
Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.
Sumber Facebook